Bagaimana Untuk Skor Dalam Peperiksaan?

Sebagai pelajar universiti salah satu perkara yang membuatkan kita runsing dan tak dapat tidur malam adalah exam atau peperiksaan. Lebih-lebih lagi kepada pelajar tahun pertama yang belum mengetahui bagaimanakah untuk skor dalam peperiksaan?

Di sini ada beberapa tips yang boleh dipraktikan oleh anda untuk mendapatkan skor yang baik dalam peperiksaan. Ini adalah berdasarkan pengelaman yang dikongsikan di sini khas buat anda semua.

1. Kena rajin turun kuliah atau tutorial semasa dekat-dekat dengan peperiksaan sebab banyak tips yang pensyarah bagi masa tu.

2. Kena banyak kawan sebab bila banyak kawan kita banyak nota, katakan anda tak dapat hadir kuliah atau tutorial adalah nota dari kawan-kawan tapi jangan amalkan selalu, kesian kawan anda.

3. Minta nota dari senior. Kena bergaul dengan senior, jangan memerap dalam bilik je sebab daripada bergaul kita boleh dapat nota, tips dan sebagainya. Jangan buat sombong plak dengan senior, kena rendah diri.

4. Kena rajin pergi tempat photosat buku sebab di situ gudang buku kerana banyak pelajar akan photostat buku dan nota di sana. Jangan malu bertanya dengan mereka yang bekerja dekat tempat photostat tu buku atau nota apa yang ada. Sebenarnya kalau nak pergi tempat photostat kena awal sikit sebab tak banyak orang, kerja anda pun jadi lebih mudah. Jangan asyik duduk kat mamak makan nasi kandar, takda faedahnya selain menguntungkan mereka.

5. Kena rajin google maklumat sebab sekarang dunia teknologi. Agak memeranjatkan apabila ada yang menghubungi pjjmalaysia tetapi tidak tahu menggunakan email. Tapi jangan risau sebab kalau anda tidak tahu basic tentang cara membuat, menggunakan email kami boleh bantu anda.

6. Semasa exam kena jawab kehendak soalan dan pastikan tugasan anda tidak keluar tajuk. Paling penting jangan biarkan kertas peperiksaan anda tidak dijawab, kena ingat bahawa anda guna duit banyak untuk masuk universiti tapi time exam tak jawab betul-betul. Itu membuang masa namanya.

Itu sahaja. Kalau ada lagi nanti update. Terima kasih kerana membaca.


One thought on “Bagaimana Untuk Skor Dalam Peperiksaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge