Sifat-sifat Khusus Kepimpinan

Seseorang pemimpin sepatutnya mempunyai paras rupa yang sempurna dan meyakinkan, bijaksana dan mempunyai keyakinan diri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Berikut adalah tiga gaya memimpin atau kepimpinan.

1. Kepimpinan Authoritarian (direct leader) – Mementingkan disiplin, tugasan dan kerja-kerja dijalankan dengan sempurna dan ideal. Hasil kerja (end product) perlulah memuaskan dan mencapai objektif. Pemimpin jenis ini juga dikenali sebagai task-oriented dan mudah mencapai kejayaan sungguhpun orang bawahannya terkawal ketat.

2. Kepimpinan Demokratik ( Participative leader) – Menurut Goloenbiesky, gaya kepimpinan ini ialah group-centred dan people-oriented kerana pemimpinannya menggalakkan perundingan dan pertukaran pendapat antara pemimpin dan pengikut sebelum mengambil sesuatu keputusan.

3. Kepimpinan  Laizzez-faire (free-rein leader) – Memberi kebebasan (tetapi terkawal) kepada orang bawahannya terhadap sesuatu tugasa atau kegiatan di mana orang bawahannya boleh merancang, mengelola dan menjalankan kegiatan yang ditugaskan kepada mereka tanpa sebarang gangguan/campur tangan pemimpin.

Secara umumnya seseorang pemimpin jarang memikirkan sama ada gaya dan corak kepimpinannya itu lemah atau tidak disebabkan beberapa faktor.

1. Terlalu sibuk sehingga tidak menyedari maklum balas negatif kepadanya

2. Tidak timbul kesedaran untuk membuat tinjauan bagi mendapatkan maklum-balas tentang keberkesanan kepimpinannya.

3. Orang sekeliling pemimpin menyembunyikan maklum-balas yang diterima, terutama jikalau maklum-balas itu negatif kepada pemimpin tersebut, akibatnya pemimpin selalu merasakan corak kepimpinya itu betul.

Oleh sebab sikap pemimpin yang beginilah maka hari ini kita dapati terlalu banyak kelemahan pemimpin yang begitu menonjol, khususnya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum. Antara kelemahan-kelemahan itu ialah:

1. Pemimpin tidak menerangkan struktur pentadbiran, objektif organisasinya, serta strategi-strategi yang disusun untuk mencapai objektif itu

2. Pemimpin tidak mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Sepatutnya menyelesaikan masalah dan memberi perhatian rapi supaya masalah tersebut dapat diselesaikan.

3. Pemimpin suka membuat keputusan secara berseorangan dan membelakangkan pengikutnya. Oleh itu beliau sukar mendapat kerjasama dari pengikutnya.

4. Pemimpin tidak menggunakan daya-usahanya pada masa dan tempat yang dikehendaki.

Ini adalah sebahagian daripada tugasan yang pernah kami buat. Kami kongsikan isinya di sini sebagai rujukan.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan khidmat membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge