Sumbangan Za’ba

Anda semua mesti kenal dengan Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba kan? Beliau merupakan tokoh yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan Bahasa Melayu.

Artikel kali ini cuba mengupas secara sepintas lalu tentang sumbangan beliau terhadap perkembangan Bahasa Melayu.Untuk pengetahuan kita semua, Zaba yang pernah mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907 dan kemudiannya ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.

Za’ba pernah menjadi guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura.

Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu merupakan antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau. Namun karya beliau yang terkenal ialah Modern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya.

Salah satu daripada sumbangan beliau adalah dalam sistem ejaan. Buktinya dapat kita lihat apabila nama Pendeta Za’ba terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba.

Beliau telah bertindak menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914.

Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak.

Za’ba juga memberikan sumbangan dalam Nahu dan Tatabahasa contohnya dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu menegaskan bahawa dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal bahasa mereka.

Begitulah antara beberapa sumbangan beliau yang sangat berguna kepada kita hari ini.

Namun begitu sekiranya anda memerlukan khidmat Menaip Assignment kerana anda berasa pening, kesuntukan masa, tarikh hantar dah dekat kekurangan buku rujukan dan takde idea Kilik Sini or dapatkan contoh Assignment di sini


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge